VISI dan MISI SEKOLAH

VISI
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menjadi SK cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum negeri Johor 2010

MISI
Berusaha memperkembangkan potensi kendiri pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pembangunan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Wednesday 16 March 2011

Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu Karangan

Pada 12 Mac 2011, 3 Jun 2011 dan 8 Jun 2011 (3 hari), SK Kampung Jawa telah menjalankan satu program "Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu Karangan" bagi pelajar tahun 6 di dewan SKKJ bagi mendedahkan murid-murid dengan lebih terperinci tentang teknik MISA serta memastikan murid-murid dapat menguasai teknik-teknik MISA dengan berkesan untuk menjawab karangan dengan lebih baik.

Sekolah telah menjemput Puan Shufirah bt Amin dari SK Parit Ju bagi menyampaikan ceramah mengenai perkara berkaitan. Penceramah adalah seorang pencipta teknik MISA dan mahu murid-murid menguasai teknik tersebut dengan
baik dan mantap.