VISI dan MISI SEKOLAH

VISI
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menjadi SK cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum negeri Johor 2010

MISI
Berusaha memperkembangkan potensi kendiri pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pembangunan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Wednesday, 16 March 2011

Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu Karangan

Pada 12 Mac 2011, 3 Jun 2011 dan 8 Jun 2011 (3 hari), SK Kampung Jawa telah menjalankan satu program "Teknik Menjawab UPSR Bahasa Melayu Karangan" bagi pelajar tahun 6 di dewan SKKJ bagi mendedahkan murid-murid dengan lebih terperinci tentang teknik MISA serta memastikan murid-murid dapat menguasai teknik-teknik MISA dengan berkesan untuk menjawab karangan dengan lebih baik.

Sekolah telah menjemput Puan Shufirah bt Amin dari SK Parit Ju bagi menyampaikan ceramah mengenai perkara berkaitan. Penceramah adalah seorang pencipta teknik MISA dan mahu murid-murid menguasai teknik tersebut dengan
baik dan mantap.

Monday, 26 July 2010

Kata-kata aluan Guru Besar


Asalamulaikum,

Saya sebagai pentadbir SK Kampung Jawa mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya Blogspot SK Kampung Jawa, Batu Pahat ini dapat dibangunkan. Saya berbesar hati di atas segala usaha yang dijalinkan oleh semua pihak untuk membina blogspot ini dengan jayanya.

Dalam menghadapi cabaran era globalisai yang semakin kompetitif pada hari ini, kita tidak boleh menoleh ke belakang dan berhenti melakukan perubahan dan pembaikan kerana perubahan dan pembaikan adalah penting untuk meningkatan mutu pendidikan negar, sekali gus menlonjakkan kemajuan negara pada masa akan datang.

Diharap dengan menggunakankecanggihan teknologi maklumat kini dalam mempromosi SK Kampung Jawa ke dunia luar.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga SKKJ yang berjaya membangunkan blogspot ini.

Terima kasih