VISI dan MISI SEKOLAH

VISI
Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa menjadi SK cemerlang dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum negeri Johor 2010

MISI
Berusaha memperkembangkan potensi kendiri pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum serta pembangunan sahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Surau Sekolah

Lawati Blog Khas Surau Ar-Rahim di http://skkj-arrahim.blogspot.com/



VISI

Pusat Ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat.


MISI

Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi.

PIAGAM PELANGGAN

Pihak pengurusan surau beriltizam utnuk menjadikan surau sebagai:

  • Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
  • Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
  • Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa.
  • Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
  • Memaksimumkan penggunaan surau untuk pelaksaan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
  • Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.


MATLAMAT


Melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan agama, keterampilan dari segi rohani dan jasmani, berdisiplin serta taat terhadap agama , masyarakat, bangsa dan negara.
       

 OBJEKTIF SEKOLAH



  • Mengimrahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
  • Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik.
  • Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan menafaatkan masa sebaik-baiknya.
  • Melatih pelajar dengan kepimpinan dan sahsiah Islamiah yang unggul.
  • Membantu pelajar menyelesaikan pemasalahan keagamaan dan isu-isu semasa.





SEJARAH SURAU SEKOLAH



Surau SK Kampung Jawa telah dibuka pada tahun 2008. Kos pembinaan surau ini telah disumbangkan oleh beberapa orang kontraktor serta AJK PIBG SKKJ yang diketuai oleh En. Rahim b. Rahamat.

Sebelum ujudnya bangunan surau ini, surau sementara adalah menggunakan sebuah bilik yang sekarang ini digunakan sebagai Bilik Pemulihan.

Bangunan surau ini berukuran 20 x 40 meter yang terletak di pintu masuk sekolah ini. Sekolah ini terletak di kuala Kampung Parit Jawa di tepi Sungai Simpang Kiri yang menjadi jalan perhubungan utama penduduk di persisiran sungai tersebut.